24 JAM DI PULAU LABUAN
Sabtu lepas aku ke Labuan. Pergi atas urusan bisnes dan sambil tu aku menyelit juga untuk bercuti.
![]() |
Bandar Labuan dari atas pesawat |
Sejujurnya aku dah terlalu kerap ke sini. Hampir berbelas kali jumlahnya. Tetapi tidak pernah sekalipun aku jelajahi tempat-tempat menarik di Pulau ini sepertimana yang sering dituliskan oleh para blogger lain. Jadinya, di kesempatan kali ini sengaja aku cuba mencari masa untuk menerpa beberapa lokasi yang kata orang, agak menarik di Labuan ini.
1. The Chimney
![]() |
The Chimney dari jauh |
The Chimney ni kalau ikut tulisan-tulisan di akhbar dan blog, merupakan satu tempat yang agak misteri di Pulau ini. Ini kerana kebiasaannya, 'chimney' ini digunakan untuk aktiviti melombong atau pelepasan asap menerusi cerombongnya tetapi 'chimney' di Labuan ini tidak ada langsung kesan pembakaran dilakukan di situ. Jadinya, pelbagai persoalan yang mula timbul dari pengkaji sejarah.
![]() |
Elok bersih je dinding chimney ni |
Namun, setelah muzium 'chimney' ini aku masuki, terdapat tanggapan mengatakan yang ianya mungkin digunakan sebagai penanda arah bagi para pelombong di sekitarnya. Kiranya bila nampak je 'chimney' ni dari jauh, tahulah mereka yang mereka sudah tidak begitu jauh dari pekan utamanya.
![]() |
Suasana dalam Muzium Chimney |
Kebiasaannya aktiviti di sini tidak mengambil begitu banyak masa. Kiranya dalam 15-20 minit dah boleh setel untuk aktiviti bergambar dan melawat muzium.
2. Surrender Point/Taman Damai
![]() |
Siap ada papan tanda supaya korang boleh tahu |
![]() |
Posing sat kat Surrender Point |
Surrender Point ini adalah satu kawasan tepi pantai yang menjadi tempat terakhir Tentera Jepun tewas kepada Tentera Australia ketika Perang Dunia Ke-2 dulu. Ada seakan tugu atau mercu tanda beserta 'papan cerita' yang mengkisahkan kembali tentang kekalahan Tentera Jepun itu.
Bersebelahannya pula telah dibina satu taman yang menjadi tarikan buat para keluarga untuk melepak-lepak. Walaupun ianya tidaklah secantik Kings Park & Botanic Garden di Perth, tetapi kira okey la kalau nak merehatkan minda di situ kerana letak duduknya bersebelahan Pantai Layang-Layangan.
![]() |
Taman Damai yang mendamaikan |
Sepertimana di The Chimney, masa yang diperuntukkan ke 2 lokasi ini kurang lebih antara 15 ke 20 minit sahaja.
3. Labuan War Memorial/Cemetary
Labuan War Memorial/Cemetary adalah tanah perkuburan tentera-tentera Komanwel yang berperang dengan Jepun semasa Perang Dunia ke 2 dulu. Bagi aku tiada apa yang istimewa melainkan susun atur kubur dan lanskapnya yang dijaga dengan indah oleh pihak kerajaan.
Jangkamasa lawatan ke sini pula hanyalah di sekitar 10 ke 15 minit. Itu pun hanyalah sekadar untuk merakamkan gambar pemandangan yang sejuk mata memandang.
4. Pulau Layang-Layangan
Buat korang yang mencintai alam semulajadi dan teruja melihat keindahan matahari terbenam, di sinilah keindahan tersebut dapat korang nikmati. Tidak hairanlah semasa aku ke sini petang Sabtu yang lalu, ramai orang terutamanya yang berkeluarga duduk berkelah jika tidak pun bermandi-manda atau menaiki kuda sementara menantikan tenggelamnya matahari di ufuk barat.
Yang pastinya, jangkamasa aku berada di sini, jauh lebih lama dari tempat-tempat lain di Pulau ini.
5. Pusat Bandar Labuan
Pusat bandar Labuan tidak kurang menariknya. Antara tempat-tempat yang sempat aku singgah dalam tempoh masa yang singkat itu antaranya, Terminal Jeti Antarabangsa Labuan yang mana aku ke sini hanya sekadar untuk merakamkan pemandangan waktu malamnya sepertimana yang korang dapat lihat dari gambar di bawah.
![]() |
Cantik Gila View Tepi Jeti |
Selain dari jeti, satu lagi port menarik untuk menghabiskan wang yang dibawa, pastinya di Skypark Duty Free Shop yang terletak di Ujana Kewangan Mall serta satu lagi yang agak besar dan murah di Victoria Point One Stop Duty Free di tengah-tengah bandar.
![]() |
Skypark Duty Free Ujana Kewangan |
![]() |
Harga Coklat di Skypark |
![]() |
One Stop Duty Free Victoria Point |
![]() |
Tersusun Cantik Coklat Coklat di Victoria Point |
Apa yang murah di sini?
Pastinya ianya syurga bagi pencinta coklat seperti Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Cadbury dan beberapa jenama lain yang mahal di Semenanjung. Di sini harganya jauh lebih rendah dan kalau korang tak percaya, coklat-coklat di bawah berjaya aku beli pada harga kurang dari RM100. Selain dari coklat, buat peminat perfume, rokok dan alkohol, harganya tidak kurang murahnya jika dibandingkan dengan tempat aku.
![]() |
Kenyang Coklat Beb |
Hotel & Tempat Makan
Untuk trip kali ini, buat pertama kalinya aku stay di Hotel Aifa walaupun sebelum ini aku lebih selesa menginap di Tiara Labuan atau pun Dorsett Hotel, dan saat kaki melangkah ke ruang kamarnya, masyaAllah.. cantik dan besarnya bilik. Jauh dari jangkaan aku sebelumnya. Senang cerita, pada harga serendah RM180 aku disajikan dengan bilik yang setanding dengan hotel mewah. Tarbaekkkk la Aifa !!!
![]() |
Selesa |
![]() |
Luas |
Bab dinner, kalau di Labuan, port yang selalu aku lepak pastinya di Mawilla Yacht Club Restaurant.
Kenapa aku suka?
- Terletak di tepi pantai. Sambil makan, sambil mendengar bunyi ombak dan muka ditiup angin laut.
- Seafoodnya fresh. Sayangnya time aku pergi baru ni, ikannya semua 'bagak-bagak' dan terpaksa la aku layan kerapu instead of ikan lain kerana kerapu la ikan yang paling kecil malam itu.
- Layanan premium setanding dengan harga premium yang dibayar. Kami makan berdua malam tu, total bilnya dalam RM123 beb.
![]() |
Menu Dinner ku dengan Klien |
![]() |
Bandar Labuan dari Tingkap Hotel |
Jawapan aku, berbaloi kalau korang perlukan ketenangan dalam masa singkat, sesingkat masa 24 jam aku di sini.
Comments
Post a Comment