PERCUTIAN KELUARGA KE LEGOLAND (PART 1)

Aku terbang lagi untuk kali ketiga berturut-turut selepas Labuan dan Penang. Destinasi kali ini, ke Johor pula. Motif penerbangan kali ini tak lain tak bukan, membawa keluarga bercuti ke Legoland.

Kenapa Legoland dan bukannya luar negara.. hehehe.

Sebabnya, hampir setiap hari di kaca tv dok ada iklan ke Legoland je menyebabkan anak bongsu aku dok pujuk aku untuk bercuti ke sana. Manakala asbab kedua pula, memandangkan aku dah bookingkan percutian keluarga ke Maldives pada bulan April tahun depan, jadinya kita layan dalam negara dulu la sebelum ke oversea.. heh heh.

Alkisahnya, aku adalah sejenis lelaki yang tak suka untuk memandu jejauh sebab mata jenis cepat mengantuk. Jadinya, untuk trip percutian kali ini as usual AirAsia la menjadi pengangkutan kami satu keluarga. Actually, bukan satu keluarga pun sebab anak kedua aku dalam exam week dan tak dapat nak pulang bercuti. Maka, kami berempat sahajalah yang bercuti untuk kali ini (aku, wife dan 2 anak aku).

Senyap sunyi je dalam flight

Jumaat 13hb tu kami ambil flight malam dan sampai ke Senai Airport pun kurang lebih dalam jam 11 jugak la. Sampai je kat sana terus kami ambil Grab untuk ke Hotel Ramada yang letaknya dalam 1km dari Legoland. Kena la caj dalam RM72 untuk perjalanan selama 40 minit dengan Grab ke hotel tu.

Kenapa Hotel Ramada dan bukannya Hotel Legoland?

Kerna kami sampai lewat dan kami hanya memerlukan tempat untuk tidur sahaja makanya rasa macam rugi la pulak untuk spend RM1,100 satu malam kalau menginap di Legoland Hotel. So, kami layankan Hotel Ramada yang berharga RM300 sahaja untuk malam pertama.

Buka je pintu hotel (actually lebih kepada apartmen).. "WOW !! Cantiknya unit dia". Teruja sekejap kami empat beranak.

Tepana melihat betapa besarnya ruang tamu hotel ni

Terbayangkan betapa nyenyaknya tidur aku nanti

Tak sabar nak mandi dek kerna seharian berlengas

Dan usai mandi lewat malam, malam itu, tanpa berlengah lagi aku pun terus tidur di kala mem dan anak aku yang lain sibuk berselfie.. keh keh keh.

Zzzzzz

Pagi esoknya usai Suboh kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke Legoland, tapi sebelum ke Legoland kami bersarapan terlebih dahulu sementelah telah dibekalkan dengan kupon sarapan dari pihak hotel. Tempat makannya selesa dan sedap mata memandang. 

Very the cosy gittew

Menunya agak banyak pilihan untuk diambil tapi memandangkan aku sedang berdiet, hanya sepinggan kueytiow goreng beserta roti yang disapu kaya dan mentega sahaja yang menjadi pelapik perut aku pagi itu.

Siap ada jeruk mempelam tu beb.. hehe

Sambal nasi lemak ni memang sedap

Sedap juga kueytiownya dan hampir-hampir aku tertambah sepinggan lagi tapi nasib baik iman aku dapat membatasi nafsu makan aku. Jadinya aku tak tambah. Pawwa kan aku? Kikiki

Sebbaik iman aku tebal dapat menangkis nafsu nak tambah

Bila perut dah kenyang, maka berangkatlah kami untuk check-out dari hotel yang bagi aku amat selesa ini dan agak menceriakan bila mana di kaunter check-out itu, awek receptionist bagitau ada shuttle bus yang akan membawa kami ke Legoland secara percuma dalam tempoh masa kurang dari 15 minit lagi. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, maka kami bersegera menunggu di pintu masuk hotel menantikan bas itu. Jimatlah duit Grab aku pagi itu.. heeeee.

Jimat duit Grab aku

Bila bas sampai, maka kelihatanlah pemandunya yang bagi aku baik dan bertimbang rasa orangnya. Manakan tidak, beliau sanggup membantu mengangkat orang kurang upaya beserta wheel chairnya untuk menaiki bas. Respek Bro !!

Perjalanan dari Hotel Ramada ke Legoland tu tak sampai pun 10 minit rupanya dan apa yang berlaku selepas kami sampai ke sana, akan aku ceritakan dalam Part 2 nanti.

Till then.. have a nice read.


Comments

Popular Posts