BERATUR PANJANG UNTUK MAKAN SEDAP DI PENANG

Kalau last weekend aku di Labuan, weekend ni pula aku ke Penang cuma yang bezanya ialah, last week aku travel hari Sabtu dan pulangnya 24 jam selepas itu. Minggu ni pula aku travel lewat malam jumaat dan pulangnya pula di petang Ahad. Ternyata lewat malam sungguh bila mana flight yang dijadualkan berlepas jam 9.30 hanya meninggalkan KLIA2 sekitar jam 10.20. Akibatnya hampir jam 1.30 pagi baru aku dapat melelapkan mata di katil empuk U Hotel di Gelugor.. huhuhu.

Sunyi sepi Penang Airport semasa aku tiba

Sepertimana last weekend juga, kali ini juga aku berkelana atas urusan bisnes dan pagi Sabtu membawa ke tengahari, aktiviti-aktiviti aku hanya diisi oleh aktiviti berbisnes. Hanya selepas selesai aktiviti tersebut, barulah aktiviti jalan-jalan aku bermula.

Ke mana kita?

Pastinya jalan-jalan cari awek opppssss cari makan.. hehehe.

Dan disebabkan nawaitu asalnya nak jadi 'food hunter', makanya hotel yang aku rasakan paling sesuai pastinya yang terletak di tengah bandar Georgetown. Lalu hotel ini yang aku pilih kerna letak duduknya berdekatan beberapa port makan/minum yang viral di social media sebelumnya.

Hotel Cititel Express Penang

Ya, Hotel Cititel Express Penang menjadi tempat penginapan malam kedua aku. Terletak di Lebuh Noordin yang tidak jauh dari lokasi nasi kandar viral Deens Maju (wallaweiii sedap beb).



Alang-alang dah sekangkang kera je dari Deens Maju, makanya seusai je urusan check-in hotel, aku terus menapak ke Deens Maju. Dari jauh lagi aku dah nampak deretan manusia sedang beratur panjang. Memandangkan aku dah sampai, maka terpaksalah aku beratur menunggu giliran memilih lauk.

Panjang Beb. Kalau tak sedap, tak tau la nak kata apa

Akhirnya, hampir 30 minit juga la baru tiba turn aku. Apa lagi 3 menu kesukaan aku menjadi pilihan. Ayam goreng drumstick garing, sotong goreng garing dan telur goreng kuning lembik menjadi taruhan. Sedap atau tidak, korang boleh tengok penangannya menerusi gambar kat bawah.

Now you see..

Now you don't !!

Bagaimana pula dengan harganya Bro?

Pada aku, reasonable. Tak mahal dan tak murah. Tapi kalau dibandingkan dengan kepuasan dan kelazatannya, amaun RM14.20 untuk 3 jenis lauk itu agak murah pada aku. Sedap giler beb !!! 

Sedikit info untuk korang, di bawah ini adalah tanda harga lauk yang korang bakal ambil. Berpatutan kan?

Harga no 2 kalau lauknya dah memang sedap

Seperti biasa, bila perut kenyang maka mulalah mata ikut mengantuk dan dek kerna tak sabar nak beradu, maka terpaksa la aku request Grab untuk balik ke hotel. 

And you guess what???

Dek kerna terlalu dekat, Grab suruh aku pakai point je sebab dia nak charge pun tak sampai hati, sebab dekat sangat.. kikiki. 

Zzzzzzz

Terjaga je aku petang tu, rupanya dah tak petang dah pun. Kelam kabut jugak la aku bangun dan bersiap sebab asalnya aku berjanji dengan kawan aku untuk gerak dengan dia sekitar jam 6.30. End up, jam 7.20 baru aku gerak.

Destinasi 'food hunting' malam ini pastinya di Padang Kota.

Mai kita serbuuuuuu

Hajat di hati nak pekena pasemboq kat sana. Nasib baik jugak la aku sampai awal (sebelum jam 8) disebabkan jarak hotel ke situ takde la jauh mana. Cepat juga la aku dapat meja sebab orang bagitau kalau kat sana, nak cari meja kosong agak susah sikit. Tapi mungkin jugak la berkat Budak Izzuddin yang bibirnya tak lekang dengan doa, "Allahumma Yassir Wala Tu'assir" menjadikan agak mudah untuk meja kosong aku kesan.

Punya la ramai bak hang

Bila meja dah dapat, maka bercargas la peniaga makanan dan minuman di situ menghurung aku untuk ambil order. Memandangkan niat nak pekena pasembuq dah ada, jadinya aku hanya order tembikai laici je sebagai pelincir tekak. Usai order air, maka mula la mata melilau mencari gerai yang paling ramai orang beratur.

Nah kau !!! Punya la panjang queue (walaupun tak sepanjang barisan di Deens Maju) kat Gerai Gani Pasembur. Nasib baik la aku sejenis manusia yang keimanan dan kesabarannya amat tinggi. Takat beratur 20-30 minit tu takde hal la sangat. Janji ada awek lawa beratur sama kat depan mata. Sempat jugak la aku tengok pe'el orang yang tak puas hati sebab kena bayar mahal (RM119) untuk 2 pinggan pasembuq berintikan ketam, udang fishball, fishcake, sosej dan segala macam perisa yang ada dalam pinggan tersebut.

Sesungguhnya aku adalah sejenis orang-orang yang sabar

Punya la banyak yang berkenan

Aku lek-lek je ambil semuanya ciput. Sekadar nak merasa dan bila dihitung jumlah yang kena bayar.. senyum je sebab total bil aku takat RM27 saja.

Sudahnya, banyak ni je yang aku ambil

Bila dipotong-potong, jadi banyak cenggini

Makan malam tu tak lama mana. Kurang lebih 40 minit sebelum aku kembali pulang ke hotel untuk kaver balik tidur petang yang tak berapa cukup tadi.

Zzzzzzzz lagi.

Bangun tidur pagi Ahad tu, perut mula rasa memulas. Bukan sebab nak ke bilik air tapi memulas sebab malam tadi terasa macam sikit sangat aku makan. Jadinya misi pagi itu nak melahap sekurang-kurangnya satu bungkus nasi lemak dengan sekeping roti canai sambil menghirup teh o panas kurang gila.. oppsss.. kurang gula.

Sedang aku berjalan keluar dari hotel kedai kopitiam depan hotel seakan menggamit aku bila mana aku ternampak susunan bungkusan nasi lemak elok diatur di atas meja sambil ada awek yang dok menjaganya. Tanpa berlengah lagi, bergegas aku ke situ sambil tangan mula menyambar satu bungkus nasi lemak lauk bilis seraya bertanya, "Berapa sebungkus Kak? dan bila 2 jari diunjuk terus aku sambar lagi sebungkus.

Layannnnn

Bila bungkusan nasi lemak dah di tangan, menerawang aku cari port nak duduk makan. Rezeki aku agak baik kerna terdapat meja kecil kosong di tepi longkang.

Penuh beb kedai ni

Saat sedang melahap bungkusan kedua, baru aku perasan deretan manusia yang sedang beratur di tepi kedai membawa ke depan kedai. Sempat juga memasang telinga apa agaknya yang sedang mereka beli. Sayup-sayup terdengar, "kopi ais sini memang sedap bang" bunyi lelaki melayu kepada seorang lelaki yang baru memasuki barisan. Aku yang teruja, terus sahaja turut beratur sementelah nasi lemak yang dibeli sudah selamat beradu di dalam perut.. hahaha.

Join the crowd bak ang

Sedang aku beratur sengaja aku meng'google' keyword search "Kopi Ais sedap di Penang", nah kauuu terpacul wajah Auntie Evelin ini dengan signature kopi ais beliau yang disifatkan antara yang tersedap yang ada di Penang. Nampaknya dah jadi rezeki aku pagi ni.

Auntie Evelin

Sebagai seorang yang bukan penggemar kopi, aku boleh katakan.. memang kopi ais Auntie Evelin ni sedap. Jauh lebih sedap dari Latte Starbuck yang aku pernah minum. Tak terlalu pahit dan tak terlalu manis dan aku sendiri terkejut kerna aku mampu menghabiskan sisa terakhir kopi ais ini.

Tarbaekkkk Boh..

Ternyata trip ke Penang kali ini benar-benar memuaskan anak tekak dan perut aku dan aku dapat rasakan tak lama lagi aku akan ke sini lagi menikmati juadah yang sama.

Heh heh heh..












Comments

Popular Posts