AEROPHOBIA

Ramai tanya aku,

"Aerophobia tu apa Bro?"

Dan aku rasa korang pun mesti tertanya-tanya soalan yang sama juga kan?

Sebetulnya, Aerophobia itu bermaksud ketakutan menaiki pesawat sama ada kapal terbang mahu pun helikopter.


Ya, aku amat takut untuk 'fly'.

Kenapa aku takut?

Kerana aku pernah berhadapan dengan 3 insiden 'air pocket' yang membuatkan aku takut untuk merasainya lagi. 

Tapi disebabkan bisnes dan tuntutan kerja, aku terpaksa juga melaluinya. Tetapi hanya untuk penerbangan berjarak dekat yakni kebiasaannya untuk penerbangan yang kurang dari 3 jam. Atas sebab itulah pada awalnya, aku hanya ke destinasi-destinasi di dalam negara sahaja. Cumanya apabila mula teruja melihat rakan-rakanku travel ke serata dunia, maka pada tahun 2013 aku memberanikan diri untuk terbang juga ke luar negara dan destinasi pertama aku adalah Arab Saudi

Walaupun lebih dari 3 jam penerbangan tetapi asbab niat yang suci lagi murni, aku tidak kisah untuk memberanikan diri untuk terbang untuk jangkamasa penerbangan yang lama. Malah jika berlaku 'air pocket' atau pesawat terhempas sekalipun, aku percaya pengakhiran 'husnul khotimah' pasti milik aku kerna tujuan dan niat aku ketika itu adalah untuk beribadat (mengerjakan umrah).

Alhamdulillah, 2013 menjadi titik awal aku ke luar negara dan bersyukur juga kerna aku telah memulakannya dengan destinasi paling utama buat umat Islam yakni Mekah dan Madinah sebelum mula melangkah ke negara-negara yang lain pula.

Memori di Masjidil Haram


Comments

Popular Posts