PERCUTIAN KELUARGA KE LEGOLAND (PART 2)

Anak aku punya la excited bila dapat naik bas walaupun perjalanannya tak sampai pun 10 minit.. hahaha.

Bas shuttle tu betul-betul hantar kami ke Medini Mall yang terletak bersebelahan dengan Legoland Hotel dan juga Theme Park dia. Di mall ini aku tengok banyak juga kedai makan fast food seperti KFC, Chicken Rice Shop, Oldtown Kopitiam dan beberapa lagi beserta kedai groceries untuk korang shopping barang basah dan kering. Sempat jugak la mem aku rembat topi bunga-bunga untuk dibawa masuk ke Legoland nanti. Nasib baik dia tak paw duit aku untuk beli topi.. kikiki.

View Legoland dari depan Medini Mall

Dengan beg besar yang dikendong, aku mencadangkan agar ianya diletakkan dahulu di reception hotel sementelah kami berlibur di Taman Tema Legoland. Jika tak dibenarkan, akan aku pujuk sehingga permintaan kami dipenuhi, tetapi tanpa disangka, rupanya pihak hotel sudah sedia maklum dengan menempatkan bilik khas menyimpan beg buat tetamu hotel.

Layanan awek front line ni memang tip top


Nampaknya mereka telah lebih dahulu ambil maklum tentang keperluan menyimpan beg ini memandangkan waktu check-in mereka adalah pada jam 4 petang dan ternyata ramai yang datang awal menyimpan beg terlebih dahulu dan terus ke Taman Tema sementara menantikan bilik mereka siap di sebelah petang. Malah pihak hotel juga membenarkan untuk pendaftaran bilik dahulu sebelum mengambil kunci pada sebelah petang. Kudos tu pihak hotel kerna telah memudahkan segala urusan.

Siap dengan luggage tag lagi. Memang tarbaekkkk.

Selesai urusan pendaftaran, maka kami pun berjalan kaki ke Taman Tema yang terletak bersebelahan dengan hotel tersebut. Dari jauh kelihatan barisan panjang untuk membeli tiket dan sepertimana yang dicadangkan oleh pihak hotel, untuk pembelian tiket yang berbaloi sebaiknya beli sahaja tiket tahunan untuk semua tempat. Untuk makluman, Taman Tema Legoland ini terbahagi kepada 3 tempat iaitu, Theme Park, Water Park dan Sea Life.

Jadinya, berapa harga tiket yang receptionist hotel tu kata berbaloi?

Tanda harga bagi pemilik MyKad

Nah kauuuu.. RM313 untuk setiap warganegara Malaysia dan dengan tiket atau pass card ni, korang boleh bebas keluar masuk ke sini selama 365 hari. So, korang boleh bayangkan berapa amaun yang aku keluarkan dari wallet aku untuk 3 dewasa dan seorang kanak-kanak.. huhuhu. Anyhow, sebab kitorang memang ada plan untuk datang lagi tahun depan, jadinya aku rasa berbaloi la jugak kalau beli pas tahunan ini. Apa pun, aku memang suka dengan design pass card dia ni.

Whats next?




Pastinya tentang kisah di dalam Taman Tema. Sayangnya, korang kena la tunggu dalam Part 3 yang akan datang sebab post ni pun dah macam panjang sangat.

Potong stim betul la.. hahaha.


Comments

Popular Posts